CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 27, 2011

tips menghadiri temuduga / interview

salam friends..

memandangkan aku akan dipanggil temuduga nanti, so dgn gigihnya aku telah pergi ke kedai buku n membeli sebuah buku untuk menghadapi temuduga nie. quite interesting die punyer kandungan. so, skrg dgn baiknya aku nak share ngan kengkawan tips terbaik untuk menghadapi temuduga nie. cekidout fren!

1.  menjaga adab dan tertib khasnya dari segi tutur kata.
 - yang nie mmg pentingla kan. mmg r dtg temuduga ni kita harus bercakap atau menjawab soalan yg diajukan tetapi kita jgn la bercakap dengan gaya yg kasar like kuat atau krg ajar kan. adab tu penting ok!

2. amalkan konsep KISS - keep it short and simple.
 - konsep KISS nie maksudnya time kita menjawab soalan yg diajukan kita jgn jawab terlalu ringkas or terlalu panjanglah. kalau ringkas sgt nanti nmapk cam xda idea or malas kan. kalau pnjg sgt tapi merapu jer lebih pun baek xpyah la kan. org tanya pasal A, jwblah pasal A n then elaborate ckit2. jgn smpai B,C pun masuk gk.



3. tumpuan, kontak mata dan bertutur kepada semua penenmuduga
- haa. yg nie pun penting. kadang2 dlm bilik tue ade lebih dr sorg penemuduga kan. walaupun yg bertanya tue hanya sorg, time menjawab tue kita harus pandang semua penemuduga, sbb kdg2 mereka yg diam tue pemerhati bkn saje2 nk duduk c2 ok.

4. bertenang
- time temuduga nie bertenang bg aku sangat2 penting sbb kdg2 penemuduga mmg sengaja nak kenakan kita kan. kdg2 mereka saja kata buruk2 pasal kita like kita xlyak r mcm2 r kan. so, kita harus bertenang. kalu boleh senyum jer. aku ingat lagi dulu kes aku dulu.

penemuduga : awak tau sapa kanak2 yg kecik dah leh jawab soalan universiti?
me : sape tue? 
penemuduga : just say. u know or u do know.
me : i dont know (senyum sumbing)
penemuduga : benda mcm nie pun awak xtau. saya rasa awk xlyk ni jd cikgu.
me : erm... (senyum lagi).

aku tenang jer. xda rasa nak nagis pun. aku tau dorg saja je tue. huhu. Alhamdulillah, aku lepas gak interview hari tue n dpt pg UPSI. :)

5. jangan menunujuk-nunjuk
- for those yg rasa die mr or miss-serba-tahu bawak2 r berubah time temuduga yer. jgn r berlagak n bercakap non-stop sbb anda tau byk perkara. penemuduga bkn puji tp lebih kpd menyampah. jawab sekadar perlu sudah la yer.

6. kecenderungan calon memberitahu yang mereka ada hubungan dengan org yg berpengaruh / berpangkat.
- hello. penemuduga cukup menyampah dgn org yg mcm nie. dari2 korg patut lulus temuduga tup tup jadi gagal plak kot. so, no need nak menujuk ok.

7. kemampuan mengawal emosi diri
- for those yg janis cepat baran mmg perlu bercabar n kawal emosi anda. penemuduga mmg selalu cuba menekan kita untuk melihat tahap kesabaran kita. sebolehnya elakkan melenting or menangis. senyum n bertenang ok.

8. impresi pertama penemuduga adalah positif
- ini maksudnya kita kena selalu kekalkan sikap positif kita kepada penemuduga. sentiasa senyum, bertenang n jwb soalan dgn lantang n jelas.

9. mulakan langkah yang positif dan penuh keyakinan.
- masa masuk bilik harus yakin n jgn gugup. beri salam n duduk dgn tenang. bayangkan ini adalah perkara biasa yg anda selalu lakukan.

10. bertindak dengan arahan
- apabila masuk bilik, duduk hanya apabila disuruh. begitu juga dengan bersalam. jgn memandai. biarkan mereka yg menghulurkan tangan dahulu. lebih2 lagi wanita Islam.

11. jaga tingkahlaku semasa duduk
- ini maknanya time duduk, jgn nak goyang2 kaki. gerak2 kan kerusi. itu hanya boleh buat penemuduga tidak suka.

12. menjawab dengan sopan
- biarkan penemuduga memulakan sesi. harus jawab soalan dengan tenag n sopan. jgn gopoh-gapah. jgn guna bahasa kasar n juga lucah. berikan jwpan tepat n jgn meleret2.

13. pandang muka temuduga.
- semasa menjawab soalan mesti pandnag muka mereka. ini menunjukkan kita yakin dengan jawapan kita dan menunjukkan sikap kit ayg bukan pemalu n mmpu melakukan kerja dgn baik. lebih2 lagi bakal guru cam aku kan.

ok. itu ajelah yg aku dpt share ngn korang semua. baca n fahami elok2 yer. itu bkn rekaan aku ok. dlm buku MTEST keluaran freemind horisons. thanks for reading. nyte friends.

p/s : semoga aku dipanggil interview dgn cepat n dpt kerja cepat2. Amin.

0 peoples gossipping wif me:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...