CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 29, 2012

ww #11 (interview SPP)


p/S : next entry aku story ttg interview. :)

Thursday, February 23, 2012

interview oh study

salam frens..

seperti yg dah aku gembar-gemburkan di fb n jugak entry2 lepas, selasa depan iaitu 28hb feb, aku kena pergi interview kt hotel seri malaysia kan. interview yg mmg dah lame ditunggu-tunggu kan kot. tp bile dah dpt n dah makin dekat nie, serius cuak. mcm2 prasaan aku rasa yg xdpt nk luahkan kat cni. mana xnyer, banyak kot aku kena study..

masa g interview mara hari tue, aku cam relax jer. sbb mmg xde study sangat pun. soklan yg ditanya pun bkn memerlukan pembacaan tp lebih kpd logik. tp untuk interview SPP kali ni, mmg aku perlu baca. sbbnya dari feedback kwn2 yg dah diinterview, byk soklan yg berdasarkan fakta di tanya. harus MEMBACA! no matter wut. malas ke ape ke kena jugak.

10 bab ok. satu bab lak lam 20++ m/s. pengsan.


last aku study adalah 2 tahun lepas. tahun lepas, aku just mengajar kan. mengajar xpyh study sgt. study pun topik2 lam maths jer. so, korg boleh bygkan x camne aku nak study 10 bab tue, yg kbanyakannya fakta pasal pendidikan. oh.. mati3. biasanya aku study waktu malam. sbb sunyi kan. harap r masuk n terus lekat lam kepala.

tp yg aku pasan, aku baca jer satu perenggan, pahtu otak terus berkhayal tah hape2. tersedar, smbung bace balik phtu berkhayal balik. oh, no! aku da hilang tumpuan dalam study. sumpah rasa xtau da nak wat cane. tension pun ada. tp aku kena gagahi jugak sbb ni kemungkinan besar last interview dah untuk aku. so, haruslha buat yg terbaik kan. kata nak cepat kerja, haruslah study hard kan.

so, bismillahirahmanirrahim... jom study balik. kwn2, doakan aku lulus iv nanti yer n dpt jd guru terbaik di malaysia. Amin. hehe.


p/s : hotel seri malaysia, please be nice to me ok! n also to all the interviewer.. :)


Wednesday, February 22, 2012

rush teacher rush!

hari ni rasa bermakna sangat... ye la, selama nie kerja aku bgun tido , makan, kmas2 umah ckit, tgok tv.. on9 pahtu tido... hari2 buat benda sama jer. smpai aku rasa cm hidup xberguna langsung. huhu. tp semalam tah kenapa, aku planning nk kemas bilik n angkut rak buku masuk bilik n mcm2 lah planning smpai tertido.

so, pagi td aku bangun agak lewat. itu pun sbb aku study mlm2 okeyh. fyi, 28 feb nanti aku ada interview  untuk guru KPM. so, haruslah study mlm2 kan. xkan ko nak ternganga jer time org tanya soklan. aku xnk da ulangi bende yg pernah berlaku 4 thun dulu. huhu. org tny sape adi putra pun aku xkenal. kesian. :(

so, dgn mood berkobar2. lepas brunch, telan EPO n terus masuk bilik adik aku. kemas2 rak buku yg da tidak digunakan itu. buang smpah sarap. tibe2 aku kemas satu bilik lak. erk.. mcm xpercaya. sapu habuk2, wat naik lam bilik. susun lak brg2 lam tu. kemas lak bilik aku. sapu sawang2 yg dah berbulan mak aku bebel suh sapu n mcm2 r aku wat td. serius puas hati! dgn bdn penuh berhabuk, aku leh baring. en.arief suh aku mndi, tp aku lmbat2 kan. niat nak mndi ph dinner.

dinner with nasi kerabum aya bakar mlm ni. nyum2
beli jer sbb my mum xnk masak.
sekali-sekala jer..
#pic google... tp lbih kurg gni  td. sedap!


TAPIIIII... dan2 jer pah dinner. dpt col suh pg mengajar. meloncat aku. mana xnyer, kelas stat kul 8.30mlm, die col pkul 8.45pm. dgn confidentnya, aku trus salin baju n zass pegi mengajar. dgn confidentnya ok! nasib baik aku "cuti". sembur perfume jgn lupe. huhu. smpai je, kne ngaja maths form 5, individu gk. nasib baekkkk. sejam setengah aku ngajar n balik. lpas tu baru nk mndi n tengok pakaian sebeban lam bakul, basuh lak baju. letih


skrg bergolek da tas katil, dpn lptop. bdn mmg ase penat tp sb rmbut pun basah ase segar lak. very meaningfull day lah. mybe study ckit n then zzzzzzz..... thanks 4 reading.

p/s : lam minggu nie mmg rush jer aku pg mengajar. yela, asyik col last minute. mau semputtt.....

Monday, February 20, 2012

TTM #1 : pertemuan terakhir



aku masih ingat lagi. lelaki pertama yg buat aku jatuh cinta. masa tue aku baru darjah 3. gatalkan. tp nak buat camne. aku mmg suka dia. suka tgok die. die mmg taste aku. ptg2 die selalu main bola ngn abg n pak sedara aku blkg rumah nenek. aku selalu r intai2 dia dari jauh. seronok ok! aku seronok melihat mereka bermain bola sepak. walaupun aku sebenarnya tdk meminati sukan itu tp kehadiran dia la yg buat aku tidak berganjak dari tepi padang itu, RI. agak2 dia suka aku x?

abg aku : RI, ko suka mira x? tgok tue. xberkelip die tgok ko. 

RI : hehe.. (senyum jer)

abg aku : esok dtg r maen bola ag ngn kami yer.

kat sekolah, aku selalu tgok dia. dia tua setahun pada aku. dia anak cikgu kat situ. setiap kali balik sekolah, dia selalu lepak kat kantin dgn kwn sekelas aku, N. mereka sama2 anak cikgu kan. kdg2 aku pergi jugak tegur2 N depan dia. tp dia xpenah tegur aku pun. aku minat dia sampai r aku darjah 5. masa tu dia drjh 6 n ada org kata dia kapel ngn bdk kelas dia. sedih r jgak, tp aku pendam jer. aku rasa dia xtau pun kot yg aku dah 3 tahun suka dia senyap2.

bila keluar result UPSR, aku dpt tau dia dpt 4A n dia dpt smbung belajar kat sek. berasrama. masa tu aku frust sgt, maknanya aku xkan dpt tgok dia ag kat kampung. sejak aku drjh 6, aku mmg xda jumpa dia pun. lama2 aku mmg dah boleh lupakan dia dah sbb aku da suka kat bdk baru masuk kelas aku. haha. tp dlm hati aku masih ingat dia, first love kan. bkn sng nk lupa. walaupun hanya sebelah tgn jer.

smpai r aku tingkatan 3. aku ada cerita la kat kwn2 aku yg aku pernah suka kat RI ni. and aku sgt2 terkejut bila sorg kwn aku kat sekolah bgtau yg dia kenal RI. aku dah gelabah n pesan jgn gtau pape kat RI sb aku suka dia dulu bkn skrg... tp kwn aku nie mmg la. senyap2 dia bgtau RI n paling xboleh blah dia boleh ckp yg aku cun giler.. erk.. pengsan.

satu hari tue, aku duk rumah nenek aku n xberapa sihat. tiba2 hp berbunyi tanda ada msg masuk.

RI : hye. mira kan?

mira : yer... awak sape yer?

RI : org yg awk pernah minat giler dulu. mcamana lah sy xdpt tau yer.

mira : erk.. sape yer? gtau r cepat. sy xberani nk teka2. silap kan malu.

RI : ok lah. sy RI. ingat?

mira : RI? bia benar? Wan bagi no hp sy ek? malu nye. ape die cerita kat awk?

RI : xpyh r nak malu. betul ke awk suka sgt2 sy dulu? erm.. nak jumpa awk boleh?

mira : jumpa? erm.. segan r. sy xbrpa sehat gk nie.

RI : la. yeke. baru ingat nk suh awk pg kedai dpn umah awk tue. dulu masa kecik2, kite selalu serempak kat kedai tu kan. tp da lama xjumpe awk. nk r tgok. Wan ckp awk cun giler skrg..

mira : hehe. wan tipu je tue. next time yer.

selepas hari itu. hari2 kami msg tp entah r. aku mcm segan nk jumpa dia walau berkali2 dia ajak. nk kate pasal rupa, ramai je kot org suka aku. tp aku takut, takut aku nie xseperti yg dia bygkan. lagipun dia makin ensem. smpai r dia give up kot n dia da xmsg aku lagi. mulanya aku frust, tp lama2 aku rasa. xkesah r. agpun aku suka dia dulu. skrg xda da kot. xlama lepas tue, aku dpt cerita yg dia da ade awek.

satu hari tue, aku keluar bandar n aku ternampak dia ngn sorg kwn lelaki. aku tau dia mmg xcam rupa aku. entah r dtg keberanian apa, aku pergi n tegur die. 

mira : RI?

RI : yer sy. awk sape yer? 

mira : adalah.. saje jer tegur. bye. 

aku terus blah. tp yg kelakar boleh pulak dia kejar2 aku.

RI : gtau r awk sape. at least bg no hp ke. xaci awk jer kenal sy.

mira : erm.. nati mlm nie sy msg awk.

malam tu, aku msg dia. dia tekejut sb aku rupanya mira. tp dia da ada awek, so aku malas nk lyn dia lebih2 walaupun dia cm interested kat aku. tp dlm hati aku happy, org yg aku minat dulu skrg suka aku lak. dia masih hensem cm dulu. tp hati aku masa tu da ada org laen.

form 4, aku pindah sekolah. n aku mmg xberhubung pun dgn dia. masa cuti pertengahan tahun kot, aku balik kg n masa tgah sembang2 tiba2 jiran aku ckp pasal arwah seorang lelaki yg maninggal terus masa eksiden bln lepas. aku mcm, eh sape? 

mira : sape mak yg meninggal? akak xtau pun.

mak : mmg r. bln lepas. akak kat sekolah. ala.. anak cikgu tue. anak bgsu dia. yg putih2 tue.

mira : anak cikgu.. cikgu mana? ( hati da rasa xsedap)

mak : ala.. rumah dia blkg rumah nenek tue.

mira : anak bgsu? lelaki? RI?

mak : aah. RI. baru teringat. dia la. tua setahun jer pd akak kan. mati muda. da smpai ajal nk buat cmne. eksiden. doe bawak motor.

mira : *RI...awak da xde. serius sy xleh percaya*

Al-Fatihah. semoga roh arwah dicucuri rahmat. 

"saya xpernah lupa awak. awk lelaki pertama yg sy suka."



Sunday, February 19, 2012

teman tapi mesra ----> will be out.

memandangkan sambutan yg menggalakkan pada cerita "memoir cinta" yg aku tulis. aku rasa mcm nk wujudkan cerita terbarulah. aku faham, mostly mmg org suka baca cerpen2 cinta kan. tp mesti korg frust kan. memoir cinta aku tue sume sad ending... haha. biaselah kan. happily ever after tue hanya cerita dongeng ok.

stat untuk week ini

stats untuk hari ini.

so, untuk karya terbaru, aku nak story about Teman Tapi Mesra ( TTM).
seperti biasa, akan bekait jgak ngan diri aku sikit2 kan. 
TTM ni terdiri drpd lelaki yg pernah jd kwn baik aku, lelaki yg aku minat, lelaki yg minat aku, lelaki yg mcm2 r. yg penting bukan boyfriend yer... huhu

p/s : bkn nak bukak aib or bangga diri. aku becerita untuk kepuasan n kongsi ngn kwn2. yg baik jdkan teladan, yg buruk jdkan pengajaran oK! 
see u nexr entry, peace!


Saturday, February 18, 2012

my cousin's wedding

pada 10 feb lepas. berlangsunglah perkahwinan sepupu yg paling rapat ngn aku iaitu KAK ITA. kgkawan yg rpt ngn aku mungkin kenal r kot die nie. sbb aku mmg rpt ngn die. tp apapun mintak maaf r byk2 sbb xdpt jemput kgkawan dtg. kalau aku kahwin nanti, cmfirm aku jemput sume.

majlis buat sederhana je pun. so, aku xberani nk jemput kgkwan aku. en.arif pun, k.ita jemput sendiri hokey. agpun mr.D n miss J kahwin, buat simple2 je lah kan. eh, xpercaya? pecayalah.. huhu. k.ita tue dah ade anak umur 10 tahun ok ngn ex-husband. tp dorg dah bercerai 5 tahun lepas ag. yg lelaki pun da ade anak 2 org. papepun hope perkahwinan kedua nie kekal selamanya buat mereka berdua. Amin.



my beauty cousin. 

ada cam aku x? haha

semoga kekal selamanya.



outdoor lak. dkt je ni ngn umah.

lam hutan tu.. huhu

nice kan.. dkt tali air je ni.

gayat ok sepupu aku.



gmbr byk jer lagi, tp aku share some je la kan. xlrt nk upload sume. huhu.
aku tmn jer pengantin spnjg sesi outdoor tue. aku pun naik atas kayu2 tu.  bergoyang2 ok. if jatuh, mmg balik basah kuyup r. tp xjatuh pun. sepupu aku ter ketar2 atas tue. 

semua gmbr nie dr cd photographer. gmbr dari kmera sendiri mlas r nk upload. next time la. thanks 4 viewing. :)








Thursday, February 16, 2012

pengguna baucer rm200, tolonglah bersikap bijak.


for those yg terima baucer rm200 tue, aku nak ucap tahniah r. korg jgn ingat entry ni, aku nak perli or jealous ke ape. ini sekadar rungutan n hope sesiapa yg terlibat leh r baca n jadikan pengajaran ok. mmg aku jeles. sbb aku dulu xdpt, tp ckit je r. n aku xkesah sgt, sbb abg aku dpt n aku pun turut merasanya.. huhu.

actually, aku just nasihatkan kpd sesetengah golongan kamu shj. terutamanya yg KURANg bijak tue. tp aku tahu rmai yg bijak kan. bijak nie bkn sbb ko dpt pointer tinggi2 yer. bijak di sini is SIKAP. sikap yg tidak menyusahkan org laen n sikap bertnggungjawab. ok. bende nie berlaku minggu lpas ag, aku mmg niat nk post cni, tp terlupe. tup2 ptg td teringat. ingat nk abaikan jer, tp aku rasa aku PATUT r bgtau, at least boleh r yg baca nie ubah sikap kan. sesetengah pun xpela...

9/2/12 yg lalu, aku pg POPULAR kat KBMALL. niatnye nk g cari novel "7 HARI MENCINTAIKU" tp hmpa sbb dah sold out. sedih ok. so, alang2 da masuk, aku pun beli r 2 buah buku latihan. aku kan cikgu tuisyen. beli pembalut hadiah (sepupu aku khwin esoknye) untuk hadiah yg aku da beli b4 masuk tue n then nk g bayar. masa tue, aku dah pasan budak2 depan aku nie pegang baucer rm200 n brg sorg2 penuh raga ok. tp aku relax jer. masa tue dpn aku hanya 3 org.  bajet xlama r beratur kan. TP........ en.arief smpai keluar, sbb xlrt da nk tunggu aku beratur. aku apetah lagi kan... dlm hati dah PANASSS...

korg boleh x, amik barang biar cukup2 baucer tue. rm50 / rm100 / rm150 / rm200? or mgkin patut lebih... sbb korg mmg xkan dpt BAKI punyer. xkan ok! nie kebanyakan amik brg xcukup. like rm90 la. rm145 la. lpas tue, terpaksa lak keluar dr barisan n pg cari brg lagi. ingat ktorg nie banyak masa sgt ke nk tunggu korg setel cari brg tue???

aku mmg da nk mendidih. bile semua yg dpn aku. ke3-3 buat perangai sama. barisan ada 2. yg barisan sebelah pun sama gk. mmg perangai lebih kurang jer sekor2. dah mmg satu gang kot yg dtg tue. aku dah tgok muka pakcik2 blkg tue da merah. like aku kot. amik satu brg, cek2 xcukup ag. eh, boleh pulak die keluar ag cr brg. kakak yg jage cashier pulak. layan jer karenah dorg. xda pun nk tegur. aku rasa lam setengah jam kot aku beratur.

nama budak U. tp xkan xpndai nak kire2 kot. masa aku smpai kat cashier, barisan sblah pun ade pkcik tue. bdk2 mmg da hbis. ade r yg beratur blkg2 ktorg kot. aku xpasan.

tired of waiting. :(


pakcik : awak nie asyik bersembang jer. xnmpak ke ramai beratur nie? buat kerja cpt2 ckit.

cashier 1 : maaf encik. mmg prosedur. kami kena cek satu2 ic dorg. relate x dgn baucer. bkn sembang.

pakcik : bkn sembang ape camtue. lama giler kena menunggu.

aku : sy rasa akak kena nasihatkan bdk2 tue. suh dorg amik brg cukup2 or lebih ngn baucer tue. jgn amik brg xcukup. ktorg byk hal ag. xde masa nk tunggu dorg tmbh2 brg cmtu.

cashier 2 : kami da penah ckp dik. xlarat r nk ckp kat sorg2. dorg nie tah r.. nak baki kot. tp mmg xleh beri.

aku : mungkin r kot. sy xsalahkan akak. mmg salah bdk2 tue. tp akak kne nasihat r dorg. dorg da buang masa kami nie.

cashier 1 : aah. bkn salah kami.

(pakcik tu berlalu)

cashier 2 : knapa nk slhkan kami? kami buat keje ikut prosedur. bdk2 tue yg xfhm bahasa. amik brg xcukup. kami kesian r kt dorg. tu suruh dorg tmbh brg.

aku pun berlalu lepas setel sume. see... nmpk x sape salah kat cni. so, for adik2. tolonglah bersikap BIJAK yer. jgn fikir korg akan dpt  baki. nehi! sebelum beratur nk byar tue, congak2 r dulu hrga barang tue. xkn xpndai kot. truly, korg da buang masa kami. kalau aku yg jd cashier c2. mau aku ignore jer. bungkus2 brg n bg jer. if dorg mintk baki. ckp xde. bia dorg rase rugi. mesti dorg xkn buat dah phni kan.sometimes, sesetengah bende tue kena kasi AJAR ckit bru org cpt fhm.


p/s : 3 hari lepas, abg aku col ckp da beli novel ni kat aku. yahooo.
xsabar ase. novel nie pun dibeli ngn baucer tue.
tp aku rasa, abg aku bersikap BIJAK. haha



Tuesday, February 14, 2012

hidup org xcari, mati baru org cari.

semalam hp corby aku mati. n aku rasa SANGATTTT malas nk bgun caj. sbbnya mmg no maxis aku tue mmg jarang berbunyi. kalau berbunyi pun, tue maknanya dari HOTLINK r tue. xpun en.arief col. so, bile die hbis bateri, aku biarkan je la...

wallpaper hp aku.
*saje ngetest aplikasi print screen


smpai ptg kot, aku biarkan je hp tue. tp lam hati aku rasa mcm xsedap. mcm2 teringat. teringat nk tny sumthing kat seseorg lah. teringat pasal lesen kete aku yg xsetel2 lah. mcm2 aku fikir. actually, aku kan tgh tunggu tarikh interview. so, bile akak yg ajar aku kate nk book test kete aku lam bulan dpn. aku bmbg r. kan ter'clash' kan. nayaa....

so, aku pun bukak r pukul 8 mlm td. amik kau. ada 4 msg..... terkejut aku!

1. msg misscol dr en.arief ptg td.
2. dari hotlink. mcm biasalah kan.
3. dari exbf #2 aku. erk... mimpi ape die msg aku kan.

FS : hi mie.

me : baru on hp ni.

FS : xpe.

aku malas r nk tny pnjg2. dah aku rep tue. if ade nk gtau sumthing ke tny sumthing ke. ckap je r kan. motif ko nk jwb xpe je? abaikan.

4. msg dari akak yg ajar aku kete.

k.ma : mira, test kete 12 mac yer. sminggu b4 tue, kite prktis ag last.

huh. terus ase kecut perut. aku baru ase nk tnye, tup2 die d amsg. mmg akak ni ade grk ahti tul r kan. n mungkin aku gk yg ade gerak hati kan. xpelah. so, skrg tgh bedebar. hope r lulus. dpt lesen. mana tau ada org nk bg kete kat aku sebijik. haha. berangan.

Saturday, February 11, 2012

30 days challenges. COMPLETE

salam. akhirnya aku mampu jugak untuk habiskan semua cabaran ini. ramai org stop half way ok. aku pun hampir3 dah hari tue. sbb tue lah mende yg perlu dibuat lam masa sebulan jer tp aku buat lam masa berbulan2 hehe. aku buat dari 7 july 2011 - 1 feb 2012. lama tue.. huhu. tp xpela. at least dah hbiskan. so, for those yg xde idea nk blog ape, korg leh copy kat bwh nie n buat kat blog korg yer.


Day
 1 - Your favorite song.
Day 2 - Your favorite movie.
Day 3 - Your idea of the perfect first date.
Day 4  Your favorite photograph of your best friend.
Day 5  What makes you different from everyone else?
Day 6  A song to match your mood.
Day 7  A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day  A picture of your favourite memory.
Day 9  Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 10 – A photo of your favorite place to eat.
Day 11 – Your dream wedding.
Day 12 - A photo of the item you last purchased.
Day 13 – A picture of your favourite band or artist.
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Short term goals for this month and why?
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18  5 things that irritate me about opposite/same sex.
Day 19 – A picture of something you want to do before you die.
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23  15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Who are you?
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – What kind of person attracts you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days.

statistics : dari  7 july '11- 7 feb '12

paling banyak di'view' :

i) day 5 - what makes i different from everyone else ( 50 views)
ii) day 23 - 15 facts about me ( 29 views)
iii) day 10 - my fav. place to eat ( 19 views)   

paling sedikit di'view' :

i) day 7 - a photo of animal i'd love to keep as a pet. ( 2 view)
ii) day 14 - a tv show i (currently) addicted to (3 views)
iii) day 24 - a photo of something that means alot to me ( 3 views)

entry challenge yg di'komen' :
i) day 12 - a photo of the item i last purchased
ii) day 17 - my future will be like
iii) day 26 - a photo of somewhere i want to go.
iv) day 30 - a photograph of myself and 3 good things that have happened in the past 30 days

yuhuu.. yg laen semua x dikomen. haha. sonok lak ase wat statistics cmni. nama guru matematik specialized in statistics, bak kate pengurus tmpat tuisyen aku ngajar. hehe. oh, ya! korg boleh klik mana2 tajuk yg berkenan. aku da link. yg bawah statistics je la. atas2 tue xlink pun. thanks.

p/s : entry auto-publish. free kdg2 kan. so, tlis byk n then schedule. if rajinlah. :p

Wednesday, February 8, 2012

happy 5th anniversary

* entry tertunggak selama sebulan. baru pasan ada kat draft.huhu

salam frens... 030112

Alhamdulillah hari ni 3 jan lepas, genap r 5 tahun aku berkawan dengan en.arief. kadang2 rasa cam xpercaya, playgirl mcam aku. (dululah) akhirnya boleh sesetia ni. haha. actually, im not a playgirl ok. aku pun pelik nape ramai org kate aku cmtue dulu? sbb aku ada rmai exbf? entah r. bagi aku, aku mencari yg terbaek. yg serasi, n yg btol2 syg aku. aku xnak sia2kan hidup aku bersama dgn org yg xbetol. mmg aku selfish. tp aku bukan perempuan yg sanggup hari2 menangis, hari2 kena maki yg shows that how much i luv my bf sdgkan dia??? thats not love friend. sebab itu aku sanggup break-up dgn sesiapa saja yg aku cinta if aku xrasa yg dia cinta aku or aku xbahagia dgn dia. got it?

so,drpd explanation aku kat atas korg boleh tau r kan how en.arief treats me. yes. he treats me well. very well. aku dah 5 tahun dgn dia n aku mmg syg n cinta dia sgt2. he completes me well. aku harap semua nie berkekalan hingga kami kahwin n smpai akhir hayat. Amin. bemula hari ini, aku dah plan nk kahwin dgn dia.insyAllah dalam tahun ni. doakan kami ye.

kami celebrate minggu lepas 28 dec lepas. dia dtg cni. kami pg makan kat secret recipe n paling seronok, kami pg salon rambut. wash, treat n blow hair together. hee...

kami makan ini. en.arief spageti meatballs.
aku lak. macaroni cheese kot. hentam. :p

en.arief minum 7up. aku minum hot cocoa.
desert. kek apetah. die pilih.

hehe. makan b.. makan.

erk. separuh jer aku makan. muak giler..

hee. happy anniversary.
MIERARIEF <3 <3

pahtu g salon... hbis rm110.
die 50, aku 60. 
happy..happy...happy.
miss u b...

Tuesday, February 7, 2012

first salary as a tuition teacher

salam....

Alhamdulillah, 2 hari lepas aku dah dpt first gaji mengajar kat tuisyen untuk bulan januari. tapi xdpt r nak open table ke ape sbb aku dpt ckit jer.. huhu. maklumlah, aku stat keje pun 20hb kan. lepas tu aku siap g taiping n penang ag dari 24 hb - 29hb. so, aku smpat mengajar selama 5 jam sahaja untuk januari tue. tp still bersyukur. dpt r rm103.

spjg bercuti tu, 5 jam aku dipanggil tau tp tpakse reject r kan. oh, ya! fyi, aku nie sebagai guru ganti sahaja. if ada cikgu xdtg, pengurus akan col aku r. tp aku ase ag berbaloi cmni sbb lam seminggu byk jam aku dipanggil. tp aku xde r kaut semua. kalau subjek yg aku mmg xreti, aku xamik like fizik, kimia tue. tp Alhamdulillah, semalam aku dah dapat 3 kelas tetap. which is, mmg kelas aku la. 2 kelas untuk english year 5 n satu kelas math form 2. n aku still offer diri untuk jd guu gnti. leh r tmbh gaji kan. hehe

untuk bulan feb nie, smpai hr nie aku dah mengajar 9 jam tau. huhu. xsabar nk tnggu dpt gaji. leh r topup balik duit aku lam bank yg makin surut tu. bkn nk berjoli yer. nk simpan untuk guna bile dah posting nanti. hehe.. bagus x aku? mengajar kat cni fun jer. pengurus baik, pembantu2 sume pun. cikgu2 pun baek just ada sorg jer, bengis smcm. haha. lantak r. kelas pun aircond, pelajar pun 8-10 org jer. dpt air mineral ag setiap kali pg. kelas pun waktu malam untuk weekdays n pg n ptg untuk weekend. so far aku mmg selesa.

malam2 biasa aku pakai tshirt/ blouse n jeans. yg kelakar siap dgr student berbisik ag.

cikgu nie model ke eh?


malah siap ada yg ngorat2 ag. phtu terkejut bila tau aku cikgu. haha.


awak, masuklah kelas nie... eh, cikgu upanya! 


pahtu bila aku dah mengajar. tetibe terjumpa laen hari leh plak..

cikgu, i love u. aku knal tau cikgu tau, *aku tunjuk penumbuk.haha*

biasalah knk2 kan. kalau hari minggu, aku pakai bj kurung la. n pakai tudung sarung siap tu. n aku bawak handbag gk. kesnya xnak org pk aku student jgak. bila aku dress cmtu, nmpak r aku TUA ckit kan. ckit jer r. xbyk.. hehe... so far. walaupun weekend aku ngajar smpai 6 jam tp aku still hepi. yelah, kite buat something yg kita minat kan. penat pun xterasa. yg penting dpt gaji HALAL...amin...

papepun, aku still tunggu keputusan untuk interview nie. aku dha xsbar nk keje tetap sbgai GURU. doakan aku yer. peace. thanks 4 reading.

jemput makan ngn cikgu.. :p

Wednesday, February 1, 2012

a photograph of myself + 3 good things that have happened in the past 30 days.

 finally. day 30 challenge. jugak last day challenge. fuhh.. lama aku kepam sbb malas nk  amik gmbr terbaru. untuk kali ni, aku paste gmbr latest r yer. gmbar aku pg bercuti ke perak minggu lepas. still new. cerita holiday, aku buat laen entry. mlas nk move gmbr ag. huhu.

 ondeway nk g muzium perak.

3 good things that have happened to me...... ape yer???

1. aku dapat panggilan untuk TEMUDUGA GURU MARA pada 25 jan lepas kat penang. korg tau kan, aku dah lame menganggur. so, Alhamdulillah aku terpilih untuk  pg temuduga nie. harapan tu mestilah nk lulus n berjaya kan. so, leh r aku mengajar kat mrsm. nice wut? hehe. 

2. aku dapat panggilan menjadi GURU TUISYEN di pusat tuisyen Al-Amin. Alhamdulillah sekali lagi. sbb tmpat tuisyen pun tak jauh. tapi wat masa sekarang, status aku mcm guru gnti je. tp truly lagi sibuk ok. everyday ade kelas. mata pelajaran lak mcm2. tp stakat nie, aku byk aja english. lama2 jadi teacher la aku. hehe.

3. erm... cam xde dah. huhu. xpelah, satu ag ni sbb adik laki aku yg dpt 8A pmr hari tu da dpt panggilan ke MRSM Taiping untuk smbung belajar. kira good news e gk kan. 

so, tamatlah 30 days challenge yg aku dah stat buat dari tahun lepas ag. next entry aku akan link kan semua challenge yg aku dah buat ok. thanks 4 reading. doakan aku dpt keje cpt2 okeyh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...